Pendidikan Sekolah Sekolah_Agama_Menengah_Hulu_Langat

Pendidikan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat berorientasikan seimbang antara akademik dan agama yang bertujuan untukmelahirkan pelajar yang mempunyai ilmu agama yang tinggi di samping mahir dalam bidang akademik. Pada tahun 1983, sekolah ini hanya menekankan ilmu agama sahaja dan dari tahun ke tahun sekolah ini mula berdaftar bawah Kementerian PelajaranMalaysia pada tahun 90-an.

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Sekolah ini memulakan Sijil Rendah pelajaran (SRP) pada tahun 1985. Mempunyai 9 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu ( sama ada Kemahiran Teknikal atau Ekonomi Rumah Tangga ) termasuk Bahasa Arab. Mulai tahun 2012, PMR mula dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sijil Menengah Agama

Mempunyai 10 subjek iaitu Tilawah Al-Qur'an wa Hifz, Bahasa Arab 1(Nahu&Sorof), Bahasa Arab 2(Mutolaah&Insya'), Tauhid Feqah, Tafsir Hadis, Sirah Nabi dan Balaghah. Sukatan ini digunakan dalam bahasa Arab secara keseluruhan dan bertujuan untuk memantapkan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di samping mendalami ilmu agama.

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula pada tahun 1987 iaitu dua tahun selepas SRP dimulakan. Mempunyai 14 subjek akan tetapi setiap pelajar perlu memilih dengan had maksimum sebanyak 10 atau 11 subjek sahaja bermula tahun 2010. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan. Pada sebelum ini terdapat satu lagi subjek dipelajari akan tetapi tidak lagi diambil oleh pelajar sekolah ini iaitu subjek English For Science and Technology iaitu subjek pelajar Sains.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Untuk tahun 2012, SAM Hulu Langat berada di rangking ke 204 dalam peringkat kebangsaan. Sekolah ini telah mendapat band 3 dan peratusnya sebanyak 90.4 % di mana sekolah ini lokasinya tertumpu di bandar.